Come here!!

Friday, 10 February 2012

Nama Dihati _I_Z_M_I_L_H_A_D_I_ :)

kali ni mira nak menulis pasal nama dihati pula,,, siapa Izmil Hadi tu?? janganla cakap,,eleh,,sajela nak menunjuk2 tu,,, mane ada,,, memang betul dia lah nama di hati ni,, :)
dah 4 tahun kami kenal,,since mira form 4 lagi,,dulu kami kawan2 tapi tak pernah jumpa,,, haha,,kenal di mana?? FB???? owh tidak,,kisah kami bermula sebelum mira buat FB lagi ea,,sorii,,, hehe,, kawan baik mira yg kenalkan mira dengan die ni dlu,,sbb mereka satu kelas,,mase tu kawan mira ni sekolah kat teknik kajang, kitorang masing2 duduk kat hostel, masing2 xbawa henfon p hostel,, so dapat contack time cuti panjang jela,, tu pun kalau die cntact mira dulu, kami banyak berkongsi cerita zaman sekolah, pasal pelajaran, pasal life kat hostel, pasal kawan2,, tapi xda pasal hati ea,, 

and then, lepas spm,, adalah lost contact jap, yela,,,masing2 bz,, n then msg2 da ada FB,,so mira add FB die,, tu jela,, sampaila result spm kuar,, die pandai dapai result pun alhamdulillah gempak,,mira ni,, kurang ckitla,,hehe,,tu la time blaja main je lebih,, XP
lepas tu dapat msk matrik,, die dapat matrik melaka, mira dapat matrik johor,, and mule2 die kate xnk p matrik, tup2 sehari sebelum die daftar, die call mira ckp die pergi matrik,,wah,,, terkejut juga time tu,, hehe,, even die kat melaka and fara kat tangkak, kami x pernah berjumpa,, and even kami da kenal 4 tahun pun kami x berjumpe,,haha,, hmm,, mase kat matrik mira pernah cakap kat die yang mira suke die,, tapi time tu die da ada yang die suke,,,hehe,,so,, mse tu mira fikir,,maybe friend more better for us,, ;)

sampaila die luahkan die nak kat mira after 4 years kami berkawan,, haha,, ingatkan cume mimpi,, tapi itulah kenyataan,, msg2 ada kenangan lampau,,tapi kami cuba menjadi yang terbaik untuk satu sama lain,,dia selalu ada stiap kali mira memerlukan seseorang disisi, dan die juga ada di waktu suka mira, mula2 mira mcm curiga dekat die,,betul ke die nak kat mira? and mira ckp dekat die, if kami jmpe org lain di universiti masing2 ni, beritahu, jangan simpan, mira akan lepaskan die, and mira tahu die xdapat lpekan ex die lagi, tapi, mira akan tunggu die,, :) and mira kate kat die, klu nak sayang mira, sayang dgn ikhlas,, sebab bagi mira, dgn adanya keikhlasan, akan adanya kejujuran,

cuma dia,, dia selalu bagi nasihat kat mira pasal pelajaran, sama macam kakak and abg ipar mira selalu bagi nasihat kat mira, and die juga tegur bila apa yg mira lakukan itu salah, dia xbagi mira syg die melebihi syg mira pada Allah and Family, mira xpernah jmpe lelaki yg kata mcm tu pada mira, dia yg pertama,, haha,, jiwangnye saya hari ni,,hurm,, tapi ini jujur dari hati mira,, macamana mira cuba perbaiki diri, mcm tu lah mira nk bawa hubungan kami ni ke jalan kebaikan,, Thanks awak sebab sentiasa memahami diri ni, dan selalu memberi nasihat,, insyaallah, mira akan jaga hubungan ni, yang mira x sangka bahawa kami akan ada hubungan ni,, kelakar bile ingat balik peristiwa selama 4 tahun kenal ni.,

17 JANUARI 2012, kali pertama kami jumpa, mase tu takut sangat nak jumpa die,,yelah,,cbe fikir,, 4 tahun kawan, tapi xpernah jmpe langsung, tak ke berdebar?? hehe..tapi alhamdulillah, jumpa juga kami akhirnya,, ;) inilah kisah kami setakat ni,, doakan kami,, insyaallah,, jika allah izinkan, 8 tahun lagi,, klu awal pun mira terima,, XD ..gatal betul,,hehe,, <3 and bagi mira,, hensem bukanlah segala-galanya,,terima dengan ikhlas,, ;)



mcd kl central :)


TBS - bandar tasik selatan :)


KTM kl central...

KeRaNa KeMaNiSaN CoKlAT...

mase form 5,, mira ada masuk pertandingan menulis cerpen taw,, hehe,,actually,, mira terjumpa majalah sekolah tadi,,tu yg teringat kisah lame,,hehe,, mse tu cme try2 je nak masuk,, and xda idea pun,, sampaila satu malam ni,,sehari sebelum pertandingan,, mira makanla coklat,,,and then,, mira dapat idea,, haha,, kelakar kan,,makan coklat pun dapat ilham,, :) esoknye,, mira menulis gunela idea yg mira dapat tu,, and mase tu,, ramai taw yg sertai pertandingan tu,, mira xsgke lak mira ley menang,, tpi bkn tempat pertama la,, xingatla no2 ke 3,, yg penting antara 2 tu la,,hehe,, tpi,,yg paling mira suke sgt,,cerpen yg mira tulis dimasukkan dalam majalah sekolah,, wah,,memang mira teringin sgt karya mira diterbitkan dalam majalah sekolah,, alhamdulillah,,ok,, actually mira nk share cerpen yg mira tulis tu,,, walaupun x seperfect mane,,tpi itula karya pertama mira yg mira berani nk tmpilkan,, :) mira byk menulis time sekolah dlu,,skarang je da retired,, huhu,, tpi insyaallah,,mira akan truskan,,, XD


KERANA KEMANISAN COKLAT

"Rina tak setuju! Ayah tidak adil! Rina kan anak ayah? Kenapa ayah membelakangi Rina apabila membuat keputusan? ayah tidak sayang arwah ibu lagi ke?" Aku membantah sekeras-kerasnya keputusan ayahku untuk berkahwin semula setelah 5 tahun ibuku kembali menghadap ilahi.

Aku duduk termenung mengimbas janji-janji ayahku ketika aku kehilangan ibuku dahulu. "Rina, ayah janji akan jaga Rina, akan sayang Rina. Ayah janji akan sentiasa bersama Rina". Ah, semua palsu! Janji-janji ayah semua tipu. Dimana ayah ketika aku sakit?, dimana ayahku ketika aku mendapat anugerah?, dimana ayahku ketika aku ingin berkongsi saat suka duka? kini, ayah berbaik denganku hanya kerana ingin berkahwin semula? meminta restu anak yang diabaikan ini. Patutkah aku bersetuju? "Mak Timah tahu, Rina kecewa, Mak Timah faham Rina tidak dapat menerima Puan Sofena, tapi bagi Mak Timah, Puan Sofena lah selayak-layak calon untuk menjadi ibu Rina," kata-kata pembantu rumahku begitu menusuk ke kalbuku. Betulkah dia sebaik itu?.

Hari yang tidak ku nantikan tiba jua,setelah akad nikah, ayah memperkenalkan Puan Sofena kepadaku, lembut orangnya. Di sisi Puan Sofena berdiri seorang gadis kecil dalam lingkungan usia 8 tahun. Siapakah dia? Dia memandangku sayu. Apakah dia juga sepertiku? tidak bersetuju dengan perkahwinan ini? "Rina, inilah Sofena, ibu baru Rina, mari salam ibu," Aku tersentak dari lamunanku sebaik sahaja ayah memperkenalkan Puan Sofena. Mahu atau tidak, aku menyalami tangan ibu baruku ini. Sejuk tangannya, mungkin segan bertemu denganku. Aku menghulurkan tangan kepada budak perempuan di sebelah ibu tiriku tadi, teragak-agak dia menyambut huluranku. "Aisyah, anak ibu," terang Puan Sofena. Aku hanya menguntumkan senyuman yang dibuat-buat.

Setelah sebulan usia perkahwinan ayahku berlalu, namun hubunganku dengan ibu tiriku tetap dingin. Aku tidak mencari masalah dengannya,cuma aku tidak mahu bergaul dengan mereka. Aku tahu tindakanku salah, walaupun ibu tiriku terlalu baik denganku, namun hatiku masih tidak mampu untuk menerimanya. Di mana silapnya? Aku telah mencuba, tetapi aku tidak mampu, mungkin belum masanya lagi. "akak, Ecah tengok akak macam tak suka dengan ibu, akak marahkan ibu lagi ke?" satu hari, Aisyah datang menemuiku. Kami tidak pernah berbual apatah lagi bergurau senda. Aku hanya diam membisu. Lidahku kelu untuk mengeluarkan kata-kata. "akak, Ecah yang salah dalam hal ini, Ecah yang suruh ibu kahwin lagi, akak janganlah salahkan ibu ye. Ecah sayang akak, Ecah sayang ibu, andai kata Ecah tak ada nanti, akak tolonglah jaga ibu ye," luluh hatiku mendengar kata-kata sayu adik tiriku. Suatu hari pada hari lahirku, Aisyah menghadiahkan aku sekotak coklat, dia turut melampirkan sekeping nota.

'kak Rina, rasalah coklat ini, hargailah kemanisannya,
nikmatilah kelembutannya, begitulah kasih ibu, semoga
kakak dapat menerima kami.
salam sayang,Ecah

Ketika ayah membawa kami sekeluarga menikmati angin petang di kawasan taman, Aisyah datang duduk di sebelahku, "Kak, Ecah terlihat coklat yang Ecah bagi, akak tak buka lagi, akak tak suka ke?" kata-kata Aisyah aku biarkan tanpa jawapan. Aku tahu Aisyah terluka, namun hatiku tiba-tiba menjadi ego. "Eh comelnya kucing ni, alaaa,,, lari pula dia," Aisyah bangun lalu mengejar kucing tersebut, tba-tiba kedengaran dentuman kuat. "Ecah!!!!" ibu tiriku menjerit terkejut. Aku bergegas ke tempat kemalangan. Kelihatan Aisyah terdampar di bahu jalan, darah pekat mengalir keluar dari hidung dan mulutnya. Ayah segera mencempungnya lalu kami bergegas ke hospital.

Kini, sudah seminggu adik tiriku terlantar di katil hospital. Ibu tiriku tidak sudah-sudah menyalahkan dirinya. Begitu juga ayah. Aku menjadiserba salah, aku menangis mengenangkan nasib adik tiriku yang tidak berdosa ini. Setiap malam aku berteleku di sejadah, memohon kepada Allah yang maha kuasa, agar adik tiriku sembuh seperti sediakala. Tatkala terpandang hadiah pemberian adik tiriku, perlahan-lahan balutan coklat itu aku buka, satu persatu coklat yang ada aku nikmati, air mataku jatuh berguguran. "Ecah,ibu, maafkan Rina," aku bermonolog sendirian. Malam itu aku bermuhasabah diri sehingga pagi. Aku berjanji tiada benci di hati ini lagi. "Ibu, maafkan Rina, Rina harap ibu dapat terima Rina atas kekurangan Rina selama ini. Rina sayang ibu," aku memberanikan diri meluahkan kepada ibu tiriku itu. Tiba-tiba ibu tiriku memelukku erat. "Alhamdulillah, Rina terima juga ibu, Allah makbulkan doa ibu. Ibu sayang Rina juga," lega aku mendengar pengakuan ibu.

setahun berlalu...

"Ecah, akak nak tahu, kenapa Ecah suka bagi akak coklat?" soalku kehairanan setelah Aisyah tidak henti-henti memberiku coklat. "sebab, Ecah nak keluarga kita sentiasa bersatu, dulu sebab coklat akak terima Ecah dan ibu kan?" katanya riang. Sendu hatiku mendengarnya. "Ecah, akak janji akan sayang keluarga ni selamanya" bisik hatiku. "lagipun......" Aisyah tidak meneruskan kata-katanya, "ya....?" aku tidak sabar untuk mengetahui kata-kata selanjutnya. "Kakak Ecah ni kan suka makan coklat, hari-hari akak curi-curi makan coklat Ecah kat dalam peti ais tu kan? ingat Ecah tak tahu?," kata Aisyah lalu berlari keriangan. "Ecah! Ooooooo... menghendap akak ye?, siaplah kamu," aku turut berlari mengejarnya. Berlari keriangan tanpa duka. Semoga kemanisan coklat itu takkan hilang selamanya.


okey,,inila hasil karya tu,,penat dah menaip,,hehe,,semoga terhibur,, ;)





Thursday, 9 February 2012

cuma saya ~~ diari seorang mahasiswa XD

petang2 ni...bosan lak tibe2,,he,,, cuti da nak abes,,, huhu,, dah nak balik Labuan,,, perlu ke balik?? itu persoalannye,,, hurm,, mestilah perlu....kehidupan sebagai mahasiswa masih perlu diteruskan,, knp perlu teruskan?? hurm,,soalan ni kan,,, asyik nak menganggu taw,,, sebab,, selama ni da susah payah belajar dari tadika sampai la ke matrik utk ape?? untuk masuk universiti kan,, so,, think about your dream,, yup,, mmg sgt jauh dgn family,, and mira sendri akui mira mmg betul2 rindu kat family,,yup,,mira anak manje,, so?? salah ke?? dalam adik beradik,,cume mira and along anak pempuan ayah n mama,,, along da kwen,,da ada suami jaga,, tapi mira?? umo pun bru nak msuk 20...blum masuk lagi ea,,hehe,,hurm,, mira takut nak jadi org besar2 ni...sebab..org yg dah dewasa ni,,pemikiran perlu matang,, kne pandai buat keputusan,, tapi mira ni??? huhu... mira ngaku mira ni still mcm bdk2,,huhu,, entahla,, ape ada dalam fikiran mira skarang ni,,, mira nk balas jasa ayah,mama, along n abg long,,mereka byk bantu mira,, byk bgi semangat bila mira lemah,,, byk bg cadangan bila mira buntu,,tanpa mereka,,, sape la mira ni kan,,, mira sebenarnye bangge dilahirkan dalam family ni,,, mira syg family ni,,, syg sgt2,,, XD

mira gak ada ramai kawan2 yang take care kat mira,, kan best klu dapat berkumpul ramai2 lagi,,hurm,,, mira akui mira ni kadang2 xpandai jaga dri,, trburu2 sometimes,,, mudah terasa,,ske pndam,, tapi mira ada kwn2 yg fhm mira,,, kredit to kawan2 mira,,, syg mereka,, xkira la time mira skola,,matrik or universiti,,, thanks kwn2 sbb byk bantu mira,, sabar dgn mira,,, tlg tenangka mira,, thanks sgt2 taw,, XD

and mira ada someone yg suke gak tolong mira,, bg semangat bile mira down,, selalu ada bila mira sedeyh,,dan die mcm tahu2 je bila mira memerlukan die,,thanks awak,, XD
konklusinye,,mira bersyukur sgt sbb mira dikelilingi dgn org2 yg caring dgn mira,,mira percaya yg persahabatan dan perhubungan adalah selamanya,,, insyaallah,, i love myself :)


smile :)

Sunday, 22 January 2012

setelah 4 bulan x balik,, hoho~~

selepas 4 bulan kat Labuan,, akhirnye,, dapat gak balik umah,, jeles ue ble tgk status kat fb HOME SWEET HOME~~ Mira pun nak home sweet home gak,,, haha,, tpi nak buat macamane,, da jauh nun di Pulau sana,, susah ler nk balik,,, baru fhm perasaan org2 di perantauan,,haha,,ceh,,perasan oversea lak,, erm,, ble sampai rumah 17hb hari tu,,da malam,, so tak nampak sangat perubahan2 yg berlaku,, haha,,actually,,byk gak la yg da berubah,,even baru 4 bulan,,haha,,, kereta merah yg mira bwk sampai eksiden tu pun da siap baiki,,kereta ayah?? macam biasela,, mira balik je kne jadi tukg tgk,,kilat ke x,,haha,, kelakarla ayah ni,,,hohoho~~


keta merah,,,, yg eksiden dulu tu,,,


keta ayah,,,, kilat x??haha


Rindu KMJ T_T

malam2 mcm ni,, tbe2 mira teringat kenangan di KMJ,,huhu,, rindunye kat kawan2 kat KMJ,, asyik tulis KMJ je,, mesti kamu tertanye2,, ape tu KMJ?? hehe,, KMJ stand for Kolej Matrikulasi Johor,, dekat mane tu?? of coursela dekat johor,,hehe,, johor dekat mane?? dekat Tangkak la syg oi,,, sendiri tanye,,sendiri jawab,,,hehe,, sengal,, ;p
ok,, knp mira rindu sangat dekat KMJ?? erm,,, sebab,, kat KMJ tu best,,,,,, kawan2 pun best,, haha,, lagi2 budak2 kelas A1P8.. dalam kelas tu,,cume ada 4 org dak laki klu xsilap mira,, haha,,skit kan,, budak pempuan?? jangan cakapla,,of coursela banyak,,haha,,asyik gelak je mira ni kan,, mira memang macam ni,, gelak itu indah,,, hihi~~

ok,,berbalik pada tajuk asal,, RINDU,, rindu sangat pada suasana di KMJ,, macam di sekolah,,setiap pagi ada perhimpunan,,, mase tu mmg xboleh terima r kne trun awal semata-mata nk pergi perhimpunan,, masa terluang tu,, klu p tido kejap ke,,basuh baju ke,,da siap da,,haha,,tu la pemikiran yg x matang time tu,,,lecturer untuk kelas A8 ni semua best2 giler,,haha,,EXCEPT,, inglish,,haha,, sory madam,, mmg takut masuk kelas inglish,,sumpah takut,,, knp??? sbb lecturer yg terlalu garang,,hehe,, biasala,,mane ada org ske pensyrah garang,,klu garang je xpe,, tpi ni garang gler kot,,hihi~~ xpela,,yg penting da abes da matrik,,da masuk universiti da pun,, semua tu jadi kenangan yg indah,, ;) kelakar bile ingat balik kenangan2 yang lalu,, haha,,

bile ingat balik gelagat dak2 A8,,mmg kelakar,,masing2 ada gaya tersendiri,,haha,, Nur Dayah,Mira Mey, Tasya,Mira din,Jamal,Fatin,Raden, Rai,Azzila, idayuni,Mira lembut, Yaqin, Izni, Yana, Liya, Mizi, Zik , Daus and LIN,, ada yang tertinggal ke?? sory,,hehe,, ingatan lemah skit,,hehe.. dorrg ni,,klu wat kje gile,,mmg happening,, ingat lagi time sambut bezday aten,,, mesti korang xlupe gak kenangan kena cuci jalan tu kan,, ;) kenangan manis tu,,haha  ;p,,

and paling mira xlupe time sambut bezday En. Rahim,, memang best,, dapat baling tepung kat En. Rahim,, letak telur dalam minuman die,,haha..korang mmg,,, ;)... dan xlupe,, pada dayah,, yg da banyak tolong mira mase kat KMJ dlu,, miss u Dayah,,he,, pergi jalan petang2,,bagi ikan makan,, joging pagi2,,, ehem2,,he,, memang best,,kenyang ikan dalam kolam tu kan,,hari2 dapat mkn roti,,haha,, ;p






selain A8,, mira gak rindu kat rumate2 mira,, Alin and Bai,, the sengal2 too ni,,hehe,,gurau ja,, banyak suka duka mira dengan dorang ni,, rindu seyh,,lagi2 skung ni da jauh,,huhu,,, agak2 korang sume tahu tak eak mira rindu kat korang?? huhu.. xpela,,dapat luah kat blog ni pun jadila,,, hee,, rindu nak kejut Bai n Alin pagi2,,, rindu nk jeles korg gayut malam2 dengan pakwe masing2,,haha,,mengarut je kan,, rindu nk teman Bai makan,, rindu nak jalan2 p rumah Alin,,, rindu nak karaoke dengan korang,,rindu nak maen bowling dengan korg,,RINDUU!!!!!!!!!!!! huhu,, paling rindu nk SNAP2 gambar dgn korg yg mmg same dgn mira yg suke amek gambar ni,,, kelakar kan,, tapi inilah kami,,, rindu nak jalan2 tepi padang,,pusing2 KMJ,, jalan2 waktu malam dalam KMJ,, tgkap gambar,,haha,,rindu sgt2,,hopefully dpt jumpe korg utk lepas rindu,,jauhnye kite terpisah,,, nk lepas rindu pun kne naik flight,,,huhu,, hopefully... even kite jarang cntack,,, korg masih anggap mira ni sebahagian dari kawan korg,,, sayang korang,, ;)







ape yang mira mampu untuk katekan,, Mira syg and Rindu kamu and kenangan kite semua,,, ;)




Thursday, 15 December 2011

That's me ;))))

First sekali, Mira nak katakan, Mira mmg seorang yang mudah sedih, mudah gembira, segalanya mudah,
tapi xbermakna Mira xda perasaan, Mira ni senang cite seorang yg mudah membazirkan air mata, sangat mudah,, lagi2 bila mira betul2 da xtahan, tengok movie lawak pun ley sedey taw,, hurm,,
actually, Mira  tak tahu kenapa hati Mira mcm ni, Mira sendiri tak tahu nak mula dari mane untuk mengenali diri ni, Mira minat menulis, tapi sekarang ni, minat tu macam dah dibuang, entahla,,
Mira akui,Mira ni jiwang, selalu ingin disayangi, tapi Mira sendiri tak tahu apa yang Mira cari,
Kadang kala Mira menangis tanpa sebab, tersenyum tanpa sebab, bukan sebab Mira gila taw,, hehe,,
Mira jenis happy go lucky, and Mira gak sporting, Mira xsuka marah, Mira gak suka pendam, kadang2 Mira marah diri sendiri sebab Mira suke sangat simpan sampai Mira rase Mira da xmampu nak tanggung perasaan tu, sangat sakit,, hurm,,
Anyways,, selagi mampu, Mira akan cuba tersenyum and menyenangkan orang lain,, yes,, that's me,, Mira lebih suka menggembirakan orang,, sebab, Mira tahu sakitnya Sedih,, jadi,, Mira xnak kawan2 Mira sedih,, Mira sayang semua kawan2 Mira, even kadang kala Mira ni xmenyenangkan mereka, Mira cuba menjadi kawan yg baik,, Mira tak perfect, cantik pun jauh sekali, ape yg Mira ley buat, menggembirakan orang lain,, ;)
cuma ape yg Mira harapkan, satu hari nanti Mira akan temui cahaya kegembiraan itu,, I like to be Myself ..
biarlah ape org nak kate,,Mira adalah Mira,, ^_^ 

Ahli Baru,, Nur Zahra Arif ^_^


First sekali, Mira rase seronok sangat sebab Mira da jadi mak cik,,hahaha,, ceh,, tu pun nak bangge kan,,
biarla,, excited tu,, mule2 macam x percaya,,haha,, muda2 da jadi makcik,,ni bkn makcik tue ya,, makcik muda taw,, ;p
Nama anak sedara Mira tu Nur Zahra Binti Arif,, simple ja,, tapi cute,,hehe.. kami gelar die Zara Chan Bam Bam,, knp?? tu kne tanye mama die la,, ;)
tapi yang sedeynye,, Mira xpenah jumpa Zara lagi,,huhux,, Zara jauh nun di negara matahari terbit,, cedey ue,,
xsabar nk jumpe si kecil ni,, he,, Mira suka budak kecik so Mira mmg sedey ckitla xdapat jumpe Zara time die tengah kecik2 niw,,huhux,,
xpe,, yang penting semua selamat, nanti kita akan jumpe gak Zara Chan,, ;)
yang bestnye,, Zara ni pandai buat mimik muke,,comell,, hehe,,


Zara Chan Ketawa




Purple ^_^




Comey,, Ummphh


HAha cute


wekkKK



Pink colour,, ;)




Editing ;)



Me n Zara,, kui3