Come here!!

Thursday, 12 April 2012

DiDaLaM HuJaN, AkU MeNcOrEt ,,

mase mira start menaip ni,, jam menunjukkan ke angka 7.36 malam,, kat sni da gelap da,, Labuan hujan skarang ni, mira dok lepak bawah beta5,, gune wifi free,, hehe,, sejuknye,, time2 hujan ni, tiba2 tangan ni gatal lak nk mencoret,, sebenarnye mira pun tak tahu knp dengan hati mira ni,, hati ni tiba2 rasa lain, rasa resah, entahlah,, mungkin sbb dah lame sangat tak jumpa parents kot,,hehe,,,
mira suka dok Labuan ni,, tenang je,, depan ada laut,, impian mira mmg nak study dekat dengan laut,, haha,,mesti korang kate,, xtakut ke dok dekat ngan laut,,pulau lak tu,, tapi,,semua tu kan kuasa allah,, kita sebagai hambanye, kenalah sentiasa memohon agar diberi perlindungan kan,,
mira ni xla baik sgt pun, mira ada gak kekhilafan mira sendiri, kadang2 mira rase senyum mira, tawa mira dah x seikhlas dulu,, kenapa ya? jawapannye hanya ada pada Allah,, mira pun xda jawapan sekarang ni,
pernah x korang rase sunyi bila dok sorg2,,, mestilah pernah kan,, tapi mira rasa lain bila dok sorg2,, rasa kehilangan sesuatu dlm diri ni yg mira sendiri pun xtaw,, hanya Allah yg maha mengetahui,,
kadang kala mira rindu masa silam, kenapa? sbb rindulah,,hehe,, rindu kena marah dgn mama n ayah, rindu panjat pokok rambutan, rindu main masak2 dgn kak long, rindu kene sengat tebuan,, haha,,itu pun nk rindu ke?
emm,, mira akui, kadang kala mira wat status kat fb,, mrh2,, merajuk,,kecil hati,, tapi mira sedar kemudian,, knp la mira wat status mcm tu ye,, mira ada bce maksud wall sebenarnye n korg pun mesti ada terbaca gak kan,, tpi satu je,, asalkan kita tahu dari mana asal kita, siapa tuhan kita,, maksud wall tu xkan memberi makna apa2,, biarla beribu wall yg mereka nak cipta,, kita cuma perlu tahu yg Tuhan kita tu satu,, iaitu Allah,, :)
mira ni hamba yang byk kesalahan, jadi mira muhasabah dalam dri,, mira x alim mane, jauh bertudung labuh,, keinginan tu mmg ada,, mesti korang akan kata, alah setakat keinginan tapi xbuat gak,, bgi mira,, sebelum kita bertudung labuh,, first,, ubah perangai tu dlu,, xguna gak klu bertudung labuh ngutuk org kan,, klu bertudung labuh mengkritik org,, seperti yg mira kata,, mira msih dlm proses membaiki dri,,
mira perlukan dorongan n setiap ape yg kita lakukan mestilah step by step,, jangan hanya tahu menghina tanpa membantu apa2 pun,, marah dgn coretan ini?? silakan,, siapa kita untuk menilai org sedangkan kekhilafan diri kita sendiri kita tidak kenal pasti,,
masyaallah,, mira sendri ada couple,, yup,, mira da kate mira ni bukanlah baik mane,, mira cuba menerapkan nilai yg baik dalam perhubungan kami, mira setia pada die,, mira x tipu org lain yg mira da ada die,, cuma doa yg mira perlukan,, doakan kami sampai ke jenjang pelamin,, insyaallah,, tapi jodoh kan di tangan tuhan,, jika jodoh mira bkn dgn dia, mira harap dia dpt seorang isteri yg solehah yg mmpu menjadi bidadari dia di syurga nanti,,insyaallah,, walau apepun terjadi,, doakanlah yg terbaik utk pasangan kita,,, ingatlah dia pernah memberi kita secebis kebahagiaan,, kita balaslah dengan secebis doa,, mira pernah benci ex mira,, klu x caye,, ada dlm blog ni mira tulis pasal die,, tapi,, skarang ni,, mira da maafkan die,,and mira doakan die bahagia,,die mmg layak cari org lain yg lebih baik dari mira,, xsalahkan seorang lelaki mencari seorang wanita yg dia rasekan layak menjadi bidadari disisinya,, wanita dijadikan dari tulang rusuk kaum adam,, jadi kita berdoalah supaya kita dapat mencari lelaki yg tulang rusuknya ada pada kita,, :)
panjang lebar da mira menulis ni,, hee,, jgn bosan membaca,,kerana membaca itu jambatan ilmu,, coretan mira sampai sini dulu ye,,, len kali mira coret lagi,, salam ukhwah,,  buat sahabat semua,, :)


Tuesday, 10 April 2012

my MaKwE,,, :P jgn jeles ^_^

hehe,,da lame da mira x update,,sory,,, busy sikit,, :P
busy ke?? haha,,no komen,, kali ni mira xnk tulis panjang2,, tapi mira nak share gambar2 makwe kesayangan mira,, MAKWE????? hehe,, aahla,,makwe,,, makwe yg mira syg sgt100x,,, jgn jeles,, :P
hehe,,,  comel gile taw makwe mira ni,,, jgn tergugat,, hehe >_<


makwe sy gigit tuala :)


^_^



makwe sy pakai tudung,,, :)


makwe sya belajar :)


comelnye makwe sy !! :)










hehe,,makwe sy tido :)

nie la gambar2 yg mira nk share tu,, ni makwe kesayangan mira taw,, jgn brani2 nk kacau,,, siaplah klu ada yg nk kcu,,hihik,, i love my girlfriend so much,,muahx3,, hihi,, :P

Friday, 10 February 2012

Nama Dihati _I_Z_M_I_L_H_A_D_I_ :)

kali ni mira nak menulis pasal nama dihati pula,,, siapa Izmil Hadi tu?? janganla cakap,,eleh,,sajela nak menunjuk2 tu,,, mane ada,,, memang betul dia lah nama di hati ni,, :)
dah 4 tahun kami kenal,,since mira form 4 lagi,,dulu kami kawan2 tapi tak pernah jumpa,,, haha,,kenal di mana?? FB???? owh tidak,,kisah kami bermula sebelum mira buat FB lagi ea,,sorii,,, hehe,, kawan baik mira yg kenalkan mira dengan die ni dlu,,sbb mereka satu kelas,,mase tu kawan mira ni sekolah kat teknik kajang, kitorang masing2 duduk kat hostel, masing2 xbawa henfon p hostel,, so dapat contack time cuti panjang jela,, tu pun kalau die cntact mira dulu, kami banyak berkongsi cerita zaman sekolah, pasal pelajaran, pasal life kat hostel, pasal kawan2,, tapi xda pasal hati ea,, 

and then, lepas spm,, adalah lost contact jap, yela,,,masing2 bz,, n then msg2 da ada FB,,so mira add FB die,, tu jela,, sampaila result spm kuar,, die pandai dapai result pun alhamdulillah gempak,,mira ni,, kurang ckitla,,hehe,,tu la time blaja main je lebih,, XP
lepas tu dapat msk matrik,, die dapat matrik melaka, mira dapat matrik johor,, and mule2 die kate xnk p matrik, tup2 sehari sebelum die daftar, die call mira ckp die pergi matrik,,wah,,, terkejut juga time tu,, hehe,, even die kat melaka and fara kat tangkak, kami x pernah berjumpa,, and even kami da kenal 4 tahun pun kami x berjumpe,,haha,, hmm,, mase kat matrik mira pernah cakap kat die yang mira suke die,, tapi time tu die da ada yang die suke,,,hehe,,so,, mse tu mira fikir,,maybe friend more better for us,, ;)

sampaila die luahkan die nak kat mira after 4 years kami berkawan,, haha,, ingatkan cume mimpi,, tapi itulah kenyataan,, msg2 ada kenangan lampau,,tapi kami cuba menjadi yang terbaik untuk satu sama lain,,dia selalu ada stiap kali mira memerlukan seseorang disisi, dan die juga ada di waktu suka mira, mula2 mira mcm curiga dekat die,,betul ke die nak kat mira? and mira ckp dekat die, if kami jmpe org lain di universiti masing2 ni, beritahu, jangan simpan, mira akan lepaskan die, and mira tahu die xdapat lpekan ex die lagi, tapi, mira akan tunggu die,, :) and mira kate kat die, klu nak sayang mira, sayang dgn ikhlas,, sebab bagi mira, dgn adanya keikhlasan, akan adanya kejujuran,

cuma dia,, dia selalu bagi nasihat kat mira pasal pelajaran, sama macam kakak and abg ipar mira selalu bagi nasihat kat mira, and die juga tegur bila apa yg mira lakukan itu salah, dia xbagi mira syg die melebihi syg mira pada Allah and Family, mira xpernah jmpe lelaki yg kata mcm tu pada mira, dia yg pertama,, haha,, jiwangnye saya hari ni,,hurm,, tapi ini jujur dari hati mira,, macamana mira cuba perbaiki diri, mcm tu lah mira nk bawa hubungan kami ni ke jalan kebaikan,, Thanks awak sebab sentiasa memahami diri ni, dan selalu memberi nasihat,, insyaallah, mira akan jaga hubungan ni, yang mira x sangka bahawa kami akan ada hubungan ni,, kelakar bile ingat balik peristiwa selama 4 tahun kenal ni.,

17 JANUARI 2012, kali pertama kami jumpa, mase tu takut sangat nak jumpa die,,yelah,,cbe fikir,, 4 tahun kawan, tapi xpernah jmpe langsung, tak ke berdebar?? hehe..tapi alhamdulillah, jumpa juga kami akhirnya,, ;) inilah kisah kami setakat ni,, doakan kami,, insyaallah,, jika allah izinkan, 8 tahun lagi,, klu awal pun mira terima,, XD ..gatal betul,,hehe,, <3 and bagi mira,, hensem bukanlah segala-galanya,,terima dengan ikhlas,, ;)



mcd kl central :)


TBS - bandar tasik selatan :)


KTM kl central...

KeRaNa KeMaNiSaN CoKlAT...

mase form 5,, mira ada masuk pertandingan menulis cerpen taw,, hehe,,actually,, mira terjumpa majalah sekolah tadi,,tu yg teringat kisah lame,,hehe,, mse tu cme try2 je nak masuk,, and xda idea pun,, sampaila satu malam ni,,sehari sebelum pertandingan,, mira makanla coklat,,,and then,, mira dapat idea,, haha,, kelakar kan,,makan coklat pun dapat ilham,, :) esoknye,, mira menulis gunela idea yg mira dapat tu,, and mase tu,, ramai taw yg sertai pertandingan tu,, mira xsgke lak mira ley menang,, tpi bkn tempat pertama la,, xingatla no2 ke 3,, yg penting antara 2 tu la,,hehe,, tpi,,yg paling mira suke sgt,,cerpen yg mira tulis dimasukkan dalam majalah sekolah,, wah,,memang mira teringin sgt karya mira diterbitkan dalam majalah sekolah,, alhamdulillah,,ok,, actually mira nk share cerpen yg mira tulis tu,,, walaupun x seperfect mane,,tpi itula karya pertama mira yg mira berani nk tmpilkan,, :) mira byk menulis time sekolah dlu,,skarang je da retired,, huhu,, tpi insyaallah,,mira akan truskan,,, XD


KERANA KEMANISAN COKLAT

"Rina tak setuju! Ayah tidak adil! Rina kan anak ayah? Kenapa ayah membelakangi Rina apabila membuat keputusan? ayah tidak sayang arwah ibu lagi ke?" Aku membantah sekeras-kerasnya keputusan ayahku untuk berkahwin semula setelah 5 tahun ibuku kembali menghadap ilahi.

Aku duduk termenung mengimbas janji-janji ayahku ketika aku kehilangan ibuku dahulu. "Rina, ayah janji akan jaga Rina, akan sayang Rina. Ayah janji akan sentiasa bersama Rina". Ah, semua palsu! Janji-janji ayah semua tipu. Dimana ayah ketika aku sakit?, dimana ayahku ketika aku mendapat anugerah?, dimana ayahku ketika aku ingin berkongsi saat suka duka? kini, ayah berbaik denganku hanya kerana ingin berkahwin semula? meminta restu anak yang diabaikan ini. Patutkah aku bersetuju? "Mak Timah tahu, Rina kecewa, Mak Timah faham Rina tidak dapat menerima Puan Sofena, tapi bagi Mak Timah, Puan Sofena lah selayak-layak calon untuk menjadi ibu Rina," kata-kata pembantu rumahku begitu menusuk ke kalbuku. Betulkah dia sebaik itu?.

Hari yang tidak ku nantikan tiba jua,setelah akad nikah, ayah memperkenalkan Puan Sofena kepadaku, lembut orangnya. Di sisi Puan Sofena berdiri seorang gadis kecil dalam lingkungan usia 8 tahun. Siapakah dia? Dia memandangku sayu. Apakah dia juga sepertiku? tidak bersetuju dengan perkahwinan ini? "Rina, inilah Sofena, ibu baru Rina, mari salam ibu," Aku tersentak dari lamunanku sebaik sahaja ayah memperkenalkan Puan Sofena. Mahu atau tidak, aku menyalami tangan ibu baruku ini. Sejuk tangannya, mungkin segan bertemu denganku. Aku menghulurkan tangan kepada budak perempuan di sebelah ibu tiriku tadi, teragak-agak dia menyambut huluranku. "Aisyah, anak ibu," terang Puan Sofena. Aku hanya menguntumkan senyuman yang dibuat-buat.

Setelah sebulan usia perkahwinan ayahku berlalu, namun hubunganku dengan ibu tiriku tetap dingin. Aku tidak mencari masalah dengannya,cuma aku tidak mahu bergaul dengan mereka. Aku tahu tindakanku salah, walaupun ibu tiriku terlalu baik denganku, namun hatiku masih tidak mampu untuk menerimanya. Di mana silapnya? Aku telah mencuba, tetapi aku tidak mampu, mungkin belum masanya lagi. "akak, Ecah tengok akak macam tak suka dengan ibu, akak marahkan ibu lagi ke?" satu hari, Aisyah datang menemuiku. Kami tidak pernah berbual apatah lagi bergurau senda. Aku hanya diam membisu. Lidahku kelu untuk mengeluarkan kata-kata. "akak, Ecah yang salah dalam hal ini, Ecah yang suruh ibu kahwin lagi, akak janganlah salahkan ibu ye. Ecah sayang akak, Ecah sayang ibu, andai kata Ecah tak ada nanti, akak tolonglah jaga ibu ye," luluh hatiku mendengar kata-kata sayu adik tiriku. Suatu hari pada hari lahirku, Aisyah menghadiahkan aku sekotak coklat, dia turut melampirkan sekeping nota.

'kak Rina, rasalah coklat ini, hargailah kemanisannya,
nikmatilah kelembutannya, begitulah kasih ibu, semoga
kakak dapat menerima kami.
salam sayang,Ecah

Ketika ayah membawa kami sekeluarga menikmati angin petang di kawasan taman, Aisyah datang duduk di sebelahku, "Kak, Ecah terlihat coklat yang Ecah bagi, akak tak buka lagi, akak tak suka ke?" kata-kata Aisyah aku biarkan tanpa jawapan. Aku tahu Aisyah terluka, namun hatiku tiba-tiba menjadi ego. "Eh comelnya kucing ni, alaaa,,, lari pula dia," Aisyah bangun lalu mengejar kucing tersebut, tba-tiba kedengaran dentuman kuat. "Ecah!!!!" ibu tiriku menjerit terkejut. Aku bergegas ke tempat kemalangan. Kelihatan Aisyah terdampar di bahu jalan, darah pekat mengalir keluar dari hidung dan mulutnya. Ayah segera mencempungnya lalu kami bergegas ke hospital.

Kini, sudah seminggu adik tiriku terlantar di katil hospital. Ibu tiriku tidak sudah-sudah menyalahkan dirinya. Begitu juga ayah. Aku menjadiserba salah, aku menangis mengenangkan nasib adik tiriku yang tidak berdosa ini. Setiap malam aku berteleku di sejadah, memohon kepada Allah yang maha kuasa, agar adik tiriku sembuh seperti sediakala. Tatkala terpandang hadiah pemberian adik tiriku, perlahan-lahan balutan coklat itu aku buka, satu persatu coklat yang ada aku nikmati, air mataku jatuh berguguran. "Ecah,ibu, maafkan Rina," aku bermonolog sendirian. Malam itu aku bermuhasabah diri sehingga pagi. Aku berjanji tiada benci di hati ini lagi. "Ibu, maafkan Rina, Rina harap ibu dapat terima Rina atas kekurangan Rina selama ini. Rina sayang ibu," aku memberanikan diri meluahkan kepada ibu tiriku itu. Tiba-tiba ibu tiriku memelukku erat. "Alhamdulillah, Rina terima juga ibu, Allah makbulkan doa ibu. Ibu sayang Rina juga," lega aku mendengar pengakuan ibu.

setahun berlalu...

"Ecah, akak nak tahu, kenapa Ecah suka bagi akak coklat?" soalku kehairanan setelah Aisyah tidak henti-henti memberiku coklat. "sebab, Ecah nak keluarga kita sentiasa bersatu, dulu sebab coklat akak terima Ecah dan ibu kan?" katanya riang. Sendu hatiku mendengarnya. "Ecah, akak janji akan sayang keluarga ni selamanya" bisik hatiku. "lagipun......" Aisyah tidak meneruskan kata-katanya, "ya....?" aku tidak sabar untuk mengetahui kata-kata selanjutnya. "Kakak Ecah ni kan suka makan coklat, hari-hari akak curi-curi makan coklat Ecah kat dalam peti ais tu kan? ingat Ecah tak tahu?," kata Aisyah lalu berlari keriangan. "Ecah! Ooooooo... menghendap akak ye?, siaplah kamu," aku turut berlari mengejarnya. Berlari keriangan tanpa duka. Semoga kemanisan coklat itu takkan hilang selamanya.


okey,,inila hasil karya tu,,penat dah menaip,,hehe,,semoga terhibur,, ;)





Thursday, 9 February 2012

cuma saya ~~ diari seorang mahasiswa XD

petang2 ni...bosan lak tibe2,,he,,, cuti da nak abes,,, huhu,, dah nak balik Labuan,,, perlu ke balik?? itu persoalannye,,, hurm,, mestilah perlu....kehidupan sebagai mahasiswa masih perlu diteruskan,, knp perlu teruskan?? hurm,,soalan ni kan,,, asyik nak menganggu taw,,, sebab,, selama ni da susah payah belajar dari tadika sampai la ke matrik utk ape?? untuk masuk universiti kan,, so,, think about your dream,, yup,, mmg sgt jauh dgn family,, and mira sendri akui mira mmg betul2 rindu kat family,,yup,,mira anak manje,, so?? salah ke?? dalam adik beradik,,cume mira and along anak pempuan ayah n mama,,, along da kwen,,da ada suami jaga,, tapi mira?? umo pun bru nak msuk 20...blum masuk lagi ea,,hehe,,hurm,, mira takut nak jadi org besar2 ni...sebab..org yg dah dewasa ni,,pemikiran perlu matang,, kne pandai buat keputusan,, tapi mira ni??? huhu... mira ngaku mira ni still mcm bdk2,,huhu,, entahla,, ape ada dalam fikiran mira skarang ni,,, mira nk balas jasa ayah,mama, along n abg long,,mereka byk bantu mira,, byk bgi semangat bila mira lemah,,, byk bg cadangan bila mira buntu,,tanpa mereka,,, sape la mira ni kan,,, mira sebenarnye bangge dilahirkan dalam family ni,,, mira syg family ni,,, syg sgt2,,, XD

mira gak ada ramai kawan2 yang take care kat mira,, kan best klu dapat berkumpul ramai2 lagi,,hurm,,, mira akui mira ni kadang2 xpandai jaga dri,, trburu2 sometimes,,, mudah terasa,,ske pndam,, tapi mira ada kwn2 yg fhm mira,,, kredit to kawan2 mira,,, syg mereka,, xkira la time mira skola,,matrik or universiti,,, thanks kwn2 sbb byk bantu mira,, sabar dgn mira,,, tlg tenangka mira,, thanks sgt2 taw,, XD

and mira ada someone yg suke gak tolong mira,, bg semangat bile mira down,, selalu ada bila mira sedeyh,,dan die mcm tahu2 je bila mira memerlukan die,,thanks awak,, XD
konklusinye,,mira bersyukur sgt sbb mira dikelilingi dgn org2 yg caring dgn mira,,mira percaya yg persahabatan dan perhubungan adalah selamanya,,, insyaallah,, i love myself :)


smile :)

Sunday, 22 January 2012

setelah 4 bulan x balik,, hoho~~

selepas 4 bulan kat Labuan,, akhirnye,, dapat gak balik umah,, jeles ue ble tgk status kat fb HOME SWEET HOME~~ Mira pun nak home sweet home gak,,, haha,, tpi nak buat macamane,, da jauh nun di Pulau sana,, susah ler nk balik,,, baru fhm perasaan org2 di perantauan,,haha,,ceh,,perasan oversea lak,, erm,, ble sampai rumah 17hb hari tu,,da malam,, so tak nampak sangat perubahan2 yg berlaku,, haha,,actually,,byk gak la yg da berubah,,even baru 4 bulan,,haha,,, kereta merah yg mira bwk sampai eksiden tu pun da siap baiki,,kereta ayah?? macam biasela,, mira balik je kne jadi tukg tgk,,kilat ke x,,haha,, kelakarla ayah ni,,,hohoho~~


keta merah,,,, yg eksiden dulu tu,,,


keta ayah,,,, kilat x??haha


Rindu KMJ T_T

malam2 mcm ni,, tbe2 mira teringat kenangan di KMJ,,huhu,, rindunye kat kawan2 kat KMJ,, asyik tulis KMJ je,, mesti kamu tertanye2,, ape tu KMJ?? hehe,, KMJ stand for Kolej Matrikulasi Johor,, dekat mane tu?? of coursela dekat johor,,hehe,, johor dekat mane?? dekat Tangkak la syg oi,,, sendiri tanye,,sendiri jawab,,,hehe,, sengal,, ;p
ok,, knp mira rindu sangat dekat KMJ?? erm,,, sebab,, kat KMJ tu best,,,,,, kawan2 pun best,, haha,, lagi2 budak2 kelas A1P8.. dalam kelas tu,,cume ada 4 org dak laki klu xsilap mira,, haha,,skit kan,, budak pempuan?? jangan cakapla,,of coursela banyak,,haha,,asyik gelak je mira ni kan,, mira memang macam ni,, gelak itu indah,,, hihi~~

ok,,berbalik pada tajuk asal,, RINDU,, rindu sangat pada suasana di KMJ,, macam di sekolah,,setiap pagi ada perhimpunan,,, mase tu mmg xboleh terima r kne trun awal semata-mata nk pergi perhimpunan,, masa terluang tu,, klu p tido kejap ke,,basuh baju ke,,da siap da,,haha,,tu la pemikiran yg x matang time tu,,,lecturer untuk kelas A8 ni semua best2 giler,,haha,,EXCEPT,, inglish,,haha,, sory madam,, mmg takut masuk kelas inglish,,sumpah takut,,, knp??? sbb lecturer yg terlalu garang,,hehe,, biasala,,mane ada org ske pensyrah garang,,klu garang je xpe,, tpi ni garang gler kot,,hihi~~ xpela,,yg penting da abes da matrik,,da masuk universiti da pun,, semua tu jadi kenangan yg indah,, ;) kelakar bile ingat balik kenangan2 yang lalu,, haha,,

bile ingat balik gelagat dak2 A8,,mmg kelakar,,masing2 ada gaya tersendiri,,haha,, Nur Dayah,Mira Mey, Tasya,Mira din,Jamal,Fatin,Raden, Rai,Azzila, idayuni,Mira lembut, Yaqin, Izni, Yana, Liya, Mizi, Zik , Daus and LIN,, ada yang tertinggal ke?? sory,,hehe,, ingatan lemah skit,,hehe.. dorrg ni,,klu wat kje gile,,mmg happening,, ingat lagi time sambut bezday aten,,, mesti korang xlupe gak kenangan kena cuci jalan tu kan,, ;) kenangan manis tu,,haha  ;p,,

and paling mira xlupe time sambut bezday En. Rahim,, memang best,, dapat baling tepung kat En. Rahim,, letak telur dalam minuman die,,haha..korang mmg,,, ;)... dan xlupe,, pada dayah,, yg da banyak tolong mira mase kat KMJ dlu,, miss u Dayah,,he,, pergi jalan petang2,,bagi ikan makan,, joging pagi2,,, ehem2,,he,, memang best,,kenyang ikan dalam kolam tu kan,,hari2 dapat mkn roti,,haha,, ;p






selain A8,, mira gak rindu kat rumate2 mira,, Alin and Bai,, the sengal2 too ni,,hehe,,gurau ja,, banyak suka duka mira dengan dorang ni,, rindu seyh,,lagi2 skung ni da jauh,,huhu,,, agak2 korang sume tahu tak eak mira rindu kat korang?? huhu.. xpela,,dapat luah kat blog ni pun jadila,,, hee,, rindu nak kejut Bai n Alin pagi2,,, rindu nk jeles korg gayut malam2 dengan pakwe masing2,,haha,,mengarut je kan,, rindu nk teman Bai makan,, rindu nak jalan2 p rumah Alin,,, rindu nak karaoke dengan korang,,rindu nak maen bowling dengan korg,,RINDUU!!!!!!!!!!!! huhu,, paling rindu nk SNAP2 gambar dgn korg yg mmg same dgn mira yg suke amek gambar ni,,, kelakar kan,, tapi inilah kami,,, rindu nak jalan2 tepi padang,,pusing2 KMJ,, jalan2 waktu malam dalam KMJ,, tgkap gambar,,haha,,rindu sgt2,,hopefully dpt jumpe korg utk lepas rindu,,jauhnye kite terpisah,,, nk lepas rindu pun kne naik flight,,,huhu,, hopefully... even kite jarang cntack,,, korg masih anggap mira ni sebahagian dari kawan korg,,, sayang korang,, ;)







ape yang mira mampu untuk katekan,, Mira syg and Rindu kamu and kenangan kite semua,,, ;)




Thursday, 15 December 2011

That's me ;))))

First sekali, Mira nak katakan, Mira mmg seorang yang mudah sedih, mudah gembira, segalanya mudah,
tapi xbermakna Mira xda perasaan, Mira ni senang cite seorang yg mudah membazirkan air mata, sangat mudah,, lagi2 bila mira betul2 da xtahan, tengok movie lawak pun ley sedey taw,, hurm,,
actually, Mira  tak tahu kenapa hati Mira mcm ni, Mira sendiri tak tahu nak mula dari mane untuk mengenali diri ni, Mira minat menulis, tapi sekarang ni, minat tu macam dah dibuang, entahla,,
Mira akui,Mira ni jiwang, selalu ingin disayangi, tapi Mira sendiri tak tahu apa yang Mira cari,
Kadang kala Mira menangis tanpa sebab, tersenyum tanpa sebab, bukan sebab Mira gila taw,, hehe,,
Mira jenis happy go lucky, and Mira gak sporting, Mira xsuka marah, Mira gak suka pendam, kadang2 Mira marah diri sendiri sebab Mira suke sangat simpan sampai Mira rase Mira da xmampu nak tanggung perasaan tu, sangat sakit,, hurm,,
Anyways,, selagi mampu, Mira akan cuba tersenyum and menyenangkan orang lain,, yes,, that's me,, Mira lebih suka menggembirakan orang,, sebab, Mira tahu sakitnya Sedih,, jadi,, Mira xnak kawan2 Mira sedih,, Mira sayang semua kawan2 Mira, even kadang kala Mira ni xmenyenangkan mereka, Mira cuba menjadi kawan yg baik,, Mira tak perfect, cantik pun jauh sekali, ape yg Mira ley buat, menggembirakan orang lain,, ;)
cuma ape yg Mira harapkan, satu hari nanti Mira akan temui cahaya kegembiraan itu,, I like to be Myself ..
biarlah ape org nak kate,,Mira adalah Mira,, ^_^ 

Ahli Baru,, Nur Zahra Arif ^_^


First sekali, Mira rase seronok sangat sebab Mira da jadi mak cik,,hahaha,, ceh,, tu pun nak bangge kan,,
biarla,, excited tu,, mule2 macam x percaya,,haha,, muda2 da jadi makcik,,ni bkn makcik tue ya,, makcik muda taw,, ;p
Nama anak sedara Mira tu Nur Zahra Binti Arif,, simple ja,, tapi cute,,hehe.. kami gelar die Zara Chan Bam Bam,, knp?? tu kne tanye mama die la,, ;)
tapi yang sedeynye,, Mira xpenah jumpa Zara lagi,,huhux,, Zara jauh nun di negara matahari terbit,, cedey ue,,
xsabar nk jumpe si kecil ni,, he,, Mira suka budak kecik so Mira mmg sedey ckitla xdapat jumpe Zara time die tengah kecik2 niw,,huhux,,
xpe,, yang penting semua selamat, nanti kita akan jumpe gak Zara Chan,, ;)
yang bestnye,, Zara ni pandai buat mimik muke,,comell,, hehe,,


Zara Chan Ketawa




Purple ^_^




Comey,, Ummphh


HAha cute


wekkKK



Pink colour,, ;)




Editing ;)



Me n Zara,, kui3

Wednesday, 14 December 2011

Da lame x update ^_^

Sori,, sebab da lame x update blog,,
sebenarnye Mira terlupe emel utk blog ni,,hehe..
sedey btul,,ni wu jumpe alek,, he,,
hurm,, final exam da nk dekat,,doakan Mira taw,,, ;))
Lurve u ALL ,<3

Monday, 10 October 2011

monster hunter umskal,, ^_^ (MINIMIZE ^_^)

da lame sangat x update blog,,hihi ~~
mira da masuk umskal,, (universiti malaysia sabah kampus antarabangsa labuan )
mula2 mira sedih, yela jauh dari family,, tapi mira hepi sebab dapat kawan2 yg baik,, ;)
semalam (9/10/2011) mira ada sertai satu pertandingan monster hunter sempena family day dak2 sekolah perniagaan dan kewangan antarabangsa kat tempat mira ni,,kitorang xpanggil fakulti,,kitorang pggill sekolah,,hihi
seronok jd dak sekolah alek ;p
mula2 masuk monster hunter ni,, mmg x yakin ley menang la,, sbb saingan sengit,,sgt sengit,,
haha..tapi kitorang teruskan ja usaha,,kan usaha tu tgga kejayaan,,hii~~
mse kami sampai,,kami da lewat 5 minit n dipotong 10 markah,,kami pun mmg da fikir xda harapan la,,
pastu mse die umumkan top 5, mira xda g toilet,,mira balik ja dari toilet,, membe2 mira cakap,, "group kite dapat top 5" peh,,mmg ternganga r mira,,haha,,kelakar sgt.. mcm mimpi..tpi blum habis lgi,,kami kene wat task terakhir,, nak tau apa die??
mmg xley blah taw task die,, "MEMBUAT PERSEMBAHAN DI MALAM PENUTUPAN FAMILY DAY SPKAL"
kami kne cabut undi utk persembahan tu,,kami dapat lagu calcutta-dr bombay,, dan kami diberi alatan kotak kosong.. peh,,mmg xbley blah,,klu da lagu tu,,mmg kne menari la,,haha,, kami berenam xreti menari,,hahax,,
tapi kami try ja,,alang2 da sampai stage ni,,xkn nk patah blik kan,,
petang 2 kami practise,,bayangkan,,malam tu da kne perform,,kami kne fikir step and practise dalam mase yg singkat ja,,mujurla ada membe yang sudi membantu,, "jasamu xkn ku lupa ckgu" haha,,die bkn ckgu pun,,tpi disebabkan die tlg kami,, so,,die la ckgu,,haha..
kami berlatih dan fikir step dalam mase kurang 3 jam,, pastu kami p dewan sbb mule2 die kata ada rehearsel utk mlm tu,,
tp ble kami sampai ja,, xda,,hehe,,so kami tanye start kul bpe and kami trus blek siap2,,penat woo~~
satu hari xrehat..
kami punye performance yg kelime,, so kami tggu jela,,haha,,nervous tu,,xpenah dance dpn org ramai,,menari pun xpandai,,tkut ja jd kayu,,huhu
tibe ja giliran kami,, peh,,mase nak naik pentas tu,,mmg rase jantung nk tercabut la,,haha,,naik ja pentas,, kami pun menari jela ikut step yg kami belajar,, first time mira naik pentas,,mira berani pandang audiences,, sambil senyum lak tu,,kami menari dgn fun nye,,haha
xsgke org ske,,he,,
and then mse yg kami nanti2kan,, pengumuman pemenang bg monster hunter,, mse kami dapat top 5, kami dapat markah paling rendah taw.. so kami jgke kami akn dptla no 5,, sbb yela,, jauh tu nk kejar yg trtinggi..
bile die umumkan no 5,,kami terkejut,,bkn kami la,, so kami pun jgke no 4,, tapi bkn kami gak,, haiz,,ber dup dap jantung ni,, haha
tempat ketiga,,, cube teka sape??/
bukan kami juga..haha..mmg sakit dada ni,, tkut gler,,haha
tibela naib johan,,pengacara suruh audiences teka siape,, group mira pun ckpla,, "minimize" , "minimize" sbb kami tau xmgkin kami dpt no 1,,
tapi yg paling terkejut,,bkn kami no 2,, haha,, "KAMI JUARA" ..haha,,
kelakar kan..tu la..semalam tu umpama mimpi ja,,mimpi disiang hari,,tp,,realiti nye,,kami menang rm300..
itula..thanks dira,fifah,arif,cip and mirul sbb semangat team work kite,, hehe,, and thanks to asri,,sbb sudi jd ckgu tarian bidan terjun kami,,hahax,,
syg kamu sume larh,,
yg pling penting,, thanks to cip, arif and mirul sbb sudi ajak kami join monster hunter ni,,ngee~~
korang sume the best and the sengal too~~ haha,, gurau ja,, ;)

dari kiri yg duduk tu arif, yg berdiri tu asri (cikgu kami ;]) , fifah , mira , dira , cip and mirul
haha,,hyperactive lak menang,,hihix

we are minimize ;)


kenangan terindah ;)



monster hunter treasure hunt ;)
with my group,, minimize ^_^

peace no war,,haha



Tuesday, 6 September 2011

today is the day !!!!!!!!!!!

    hari ni 6 september 2011, hari mira berangkat ke sabah,, huhu,,cdeynye nak tinggalkan parents,,mira mengaku mira anak manje,,haha,,watpe nk hipokrit kan,, mira tak pernah pegi tempat yg susah family nk melawat even mira da msuk hostel since mira form 1,sebab tu cdey,,kne tinggalkan cik ted,, (tedy bear ex bagi) ,tinggalkan bilik purple mira,,,tinggalkan byk benda kat sini,,tapi mira kne berdikari,,xley merengek mcm dak kecik,,haha,,nanti kahwin pun kne ikut suami,,,so kne blaja hidup jauh dari family start sekarang ni,,ngee~~

    mira pun xtau knp makin dekat nk pegi sabah, makin malas nk kemas barang,,sampai kne bising ngan mama ngan ayah,,huhu,,apela mira ni kan,,tapi da ciap kemas da,,ade la mcm org yg nk pindah rumah,,haha,,jgn overload sudah,, hehe,,



erm,,semalam jugak,,ex mira yg mira pernah cite, dak maahad tu contack mira balik,,die minta maaf kat mira atas ape yg die da lakukan pada mira sebelum ni,,tp mira masih xdapat nk maafkan die,,mira xpernah susah mcm ni sekali nk maafkan orang,,mira tahu,,mesti korang2 akan kate yg mira ni kejam,, yes i'm cruel,,tp die lg kejam dari mira,,biarlah mira mulekan hidup baru tanpa bayangan die, die kate yg die akn tggu mira maafkan die satu hari nanti,,tp mira kate,, jgn minta maaf kat mira, tapi pd Allah,, sbb mira blum sedia nk maafkn die,,atas ape yg die dah buat..yes,,korang tentu akn nasihatkan mira untuk maafkan die,,tp nantilah,,blum masenye,,hurm,,

Saturday, 27 August 2011

ketupat ^_^

da lame x update blog,,,hihi
hari ni mira dapat anyam ketupat,,hehe,,yg mira hepi sgt,,mira da pandai anyam ketupat bawang,,hihi,,
sebelumni mira cume tau anyam ketupat sate je,,sdey taw,,hehe,,hari tu kawan mira (mala) ada ajar care wat ketupat bawang,,tapi mira xdapat tgkap,,tp td,,akibat bosan,,try2la nk anyam,,refresh alek ape yg mala ajar,,yeah,,akhirnye,,berjaya,,ape lagi,,berlari mencari ayah sebab nk tunjuk bakat,, (cewahh,,berlagak,,haha)
tup2 ayah kate,,'ha,,bagusla da tahu,,ringan kje ayah,,p wat sampai siap,,;' haha,,xpasal2 kne wat sume,,heee,,tpi xsume gak yg mira wat,,hihi..






Monday, 22 August 2011

jgn sayang wanita klu rase hati x boleh membimbing!

ha,,kali ni mira tulis sebab mira nak mencurah rase ketidak puasan hati sikit,,kenapa??
sebab mira rase tak adil bg kaum wanita,,sangat tidak adil,,erm,,mira penah sayang seorang lelaki yg belajar di maahad,,die dak terengganu,,mira sayang die dgn ikhlas,,dgn harapan yg die akan membimbing mira menjadi seorang wanita solehah yg layak berada di syurga Allah,,mira pun percaya bile die kate die syg mira,, mira ikut ckp die bile die kate jgn msj laki laen,,jgn chat ngan laki laen,,jgn layan laki laen,,mira wat sume tu,,entahlah,,die selalu berkata,,bile die kapel dgn mira,,hati die xtenang,,mira pun kesian tgk die,,sbb mira hati die xtenang,,tp sejujurnye,,mira ikhlas,,walaupun die xla sebaik dak2 maahad yg sepatutnye memberi contoh,,mira xnk kutuk die,,nanti kamu2 yg bce ni kate mira ni time da xda pape kutuk2,,time syg,,puji2 lak,,mira xkan wat cmni klu die xpost kat fb yg buat mira terasa hati sgt2...xpe,,Allah tu maha adil,,Allah tahu hati mira,,

lepas die kate hati die xtenang,,mira decide nk ptuskan hubungan kami,,sbb mira xnk seksa die,,tp mira cme mntk die padam pic2 mira yg die amek kat fb,,padam no mira and remove mira dari fb die,,sbb mira xnk nanti hati die celaru,,mira syg die,,sbb tu mira nk die tenang,,sbb die nk exam da,,die cube utk menjadi sahabat mira,,tp bg mira,,mira xnk die kembali pada mira sbb mira sedar mira ni xlayak utk die,,siapa la mira ni kan,,tudung xlabuh,,sekolah biase2 je,,bahase arab pun da jauh tinggal..hurmm

tapi nk tau x ape yg mira terkilan sgt2??mira terkilan bile mira try bkak fb die satu hari tu,, (walaupun da remove..mira yg remove die sebenarnye,,tpi die xprivate wall die..) mira tgk status die,, "x sabar menanti hari utk disatukan" klu kwn2 la jdi mira,,kwn2 rase ape?? rase dipermainkan kan,, yela..org yg kite syg,, yg kite harap boleh ubah kite,,sebenarnye sudah ada yg lain,,tp mse nk putus,,bkn maen ckp,,hati xtenangla,,padahal,,susah senang die,,mira sentiasa di sisi die,,mira terkilan sgt,,hati ni,, Allah je yg tahu..

tpi xpe,,yg tu mira boleh trime lg,,ape yg mira xbley trime,,baru2 ni mira tgk wall die lgi,,mira tahu die tujukan status die tu pada mira,,die tulis "kenapa wanita yg nak bertudung labuh kne tggu dapat hidayah dlu"
sbb mira penah ckp dgn die,,mira nk bertudung labuh,,tp bkn sekarang,,mira kne blaja perlahan2,,
tapi lepas ape yg mira bce,,salah ke mira klu mira msih xbertudung labuh lepas ape yg mira bce??patutnye,,die sebagai org yg lebih tinggi ilmu agama,,beri semangat,,nasihat,,bukan mengutuk,,mengata kat fb,,sorila,,mira da xley respect die walaupun die dak maahad and amek syariah,,even die alim,,tapi mengata org ,mcm tu,,still dapat dosa kan,,

pastu mira trus bg satu sms dkt die mira ckp "saya benci awak sbb mempermainkan saya same seperti lelaki2 yg lain,,sumpah,,hanya allah yg tahu hati sy ni"
mira mungkin boleh maafkan die,,sbb sedangkan nabi ampunkan umatnya kan,,tpi maaf,,mungkin kemaafan mira tu x ikhlas,,kalau satu hari nanti die menerima pembalasan,,itu adalah disebabkan salah die sendiri,,mira boleh nk maafkan die dgn ikhlas kalau die betulkan statement die kat fb tu,,bg mira,,semua same je,,xsemestinye xpkai tudung labuh ni jahat,,tolongla,,jgn menilai org dari segi tudungg,,

kalau die da temui kebahgiaan die,,mira cme harap die xpermainkan hati wanita laen,,klu x,,sia2 je die blaja agama tinggi2,,kwn2,,kalau satu hari nanti kwn2 bertemu jdoh,,pilihlah yg btul2 ikhlas dgn kita ye,,jgn waktu syg di agung2,,waktu da bosan,,dikutuk2...bimbingla pasangan anda ke arah yg diredhai.. ^_&





Sunday, 21 August 2011

cerita are_ku ^_^

hehe,,da beberapa hari x menulis dalam blog ni,, mesti blog ni rndu mira,,kn3,,mira ada kursus induksi persada utk ank2 felda kat UPM Serdang,,best taw,,tp program tu untuk anak2 felda jela,,seluruh malaysia ada..hehe.. kita kan satu malaysia??

hari ni mira nk cerita byk benda,, tapi satu2la ye,,hehe..mira cite pasal kursus tu dlu ea,,kan mira ada cite pasal mira eksiden tu kan,,hari tu jgak mira dapat tahu yg nama mira ada untuk pergi kursus induksi persada felda kat UPM,, and mira kan ada bgtahu yg mira pergi gak kje hari mira eksiden tu,,malam tu kononnye blek nk kemas barang,,tapi elektrik terputus,,huhu,,so mood tido pun menjelma,,hehe,,pagi tu,,lepas sahur je,,klang kabut packing barang,,hehe,,mcm tu la klu wat kje last minit,,

mira btolak dari felda ni dalam pkul 7 lebih,,janji pkul 6.30..tapi biasala,,janji melayu,,hihi,,nk wat cmne,,duduk punye duduk,,sampailah mira dekat UPM,,besar gak UPM ni,,klu jalan kaki hari2 bley kurus taw,,hehe,,kat sni,,mcm2 aktiviti yg diaturkan,,sumenye berkenaan dgn ipta,,,kirenye kami diberi pendedahan awal tntg alam universiti ni,,bagus kan,,mira hepi sgt,,sbb mira dpt jmpe ramai kwn baru,, ^_&

kursus tu berjalan selama 3 hari patutnye,,bermula khamis sampaila sabtu,,tp kami blek hari ahad pagi,,mira rase xsabar gler nk blek rumah jmpe mama ngan ayah,,hehe,,petang tadi ayah ajak kluar cari bju raye adik2,,walaupun penat,,mira xkisah,,sbb excited,,first time buka dgn family,,yela,,satu ramadhan mira kje,,sampaila mira berhenti,,xda cti,,ble nk berbuka dgn family kan,,huhu alhamdulillah,,dpt gak td berbuka same2,,,hihi~~

tp yg x bestnye,,kami mendapat layanan buruk dari org kdai tu,,huhu,,,family mira da tempah,,da byr,,tp ble kami dtg,,xda tempat??xpe..kami xkisah,,ley cri tempat laen,,tp makanan yg kami order pun xsiap2 lg,,haiz...tu pun msih ley sabar lg,,tp xkan air pun xda,,nk berbuka da ni,,mira dalam sabar2 pun mira ley tanye dgn sopan lagi ngan akak tu,,tp ley plak die layan mira ni mcm mira ni pengemis yg nk minta simpati je kat kedai die tu,,hish,,len kali,,xmo dtg lagi..mcm tu ke layan customer??erkkkkkkkkkkk

pastu meje blakang mira lg kesian,,air xsampai2 lg,,yg dtg cme ikan bakar je,,kami pun bgla jag air masak kat mereka,,kesian kot...apela pkerja kedai tu,,xda adab langsung..huhu..jgn jd mcm tu ye,,